Bernama melaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan baru-baru ini menegaskan "hookah" adalah tidak selamat untuk digunakan dan boleh mengakibatkan risiko kesihatan yang khusus.

Chua berkata kajian juga mendapati bahawa pengguna "hookah" pada setiap satu masa biasanya akan menghisap asap tembakau dari alat ini dalam tempoh lebih lama berbanding menghisap sebatang rokok.

Beliau berkata menurut kajian itu juga, penghisap rokok akan menyedut lapan hingga 12 kali sedutan dalam masa lima hingga tujuh minit dengan 0.5 hingga 0.6 liter asap disedut.

Menurutnya penghisap "hookah" pula menyedut 50 hingga 200 kali sedutan dalam mas 20 hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 hingga satu liter asap akan disedut.

Dr Chua berkata bahan panas yang digunakan untuk membakar tembakau terdiri daripada bara kayu atau arang yang dilihat boleh meningkatkan risiko kesihatan kerana proses pembakaran menghasilkan bahan toksik tersendiri termasuk paras karbon monoksida yang tinggi, logam dan kimia yang boleh menyebabkan kanser.


Tambahnya, perbuatan berkongsi paip penyedut juga boleh membawa risiko jangkitan penyakit berjangkit termasuk "tuberculosis" dan hepatitis .-4/7/2005